Krisis berperlembagaan Malaysia 2020


Tahun 2021:
Tahun 2022
(Tahun akhir kemelut):Perdana Menteri Malaysia
KabinetTimbalan Perdana Menteri Malaysia
Menteri Dalam Negeri MalaysiaMenteri Pendidikan I MalaysiaMenteri Pelajaran MalaysiaMenteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri Malaysia
Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia
Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia
Menteri Belia dan Sukan MalaysiaMenteri Besar Johor Darul Ta'zimIsu BertentanganYayasanBadan PemikirKeluargaBukuKeputusan Pilihan RayaKemelut politik Malaysia 2020–2022 atau Langkah Sheraton ialah kemelut politik Malaysia yang sedang berlaku. Kemelut ini membawa kepada peletakan jawatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ketujuh dan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Peristiwa ini memperlihatkan penyingkiran kerajaan gabungan Pakatan Harapan selepas berkuasa selama 22 bulan berikutan kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2018. Pada tahun 2021, Kemelut politik ini juga membawa kepada peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 pada tarikh 16 Ogos 2021. Kemelut politik ini telah berjaya diberhentikan selepas Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan menyaksikan kemenangan Pakatan Harapan sebagai kerusi terbanyak iaitu 83 kerusi disokong kerusi Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah sebagai pemenang kerusi terbanyak di kawasan Borneo. Kemelut politik ini diakhiri dengan angkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia. Kemelut ini bermula apabila beberapa parti politik bergabung dan cuba membentuk kerajaan baru dengan mendakwa majoriti kerusi di Dewan Rakyat, peringkat rendah Parlimen Malaysia, tanpa melalui pilihan raya. Ia dicapai melalui penarikan diri Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU dari gabungan Pakatan Harapan dan melalui sokongan beberapa ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti itu. Akibatnya, perdana menteri Mahathir Mohamad meletak jawatan.Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, kemudian bertemu dengan semua Ahli Parlimen dan pemimpin parti politik untuk mendapat sokongan mereka terhadap Perdana Menteri yang baharu. Baginda akhirnya melantik Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa kerajaan gabungannya akan dikenali sebagai Perikatan Nasional. Tiga negeri, Johor, Melaka dan Perak juga mengalami perubahan dalam kerajaan negeri kerana Perikatan Nasional memperoleh majoriti dalam masing-masing Dewan Negeri Johor, Dewan Undangan Negeri Melaka dan Dewan Undangan Negeri Perak.

Krisis berperlembagaan Malaysia 2020

Hadirin
Tarikh 21 Februari 2020  – 24 November 2022
Hasil Tahun 2020:


Tahun 2021:


Tahun 2022
(Tahun akhir kemelut):

  • Pembubaran semula parlimen Malaysia pada November 2022, dan pengumuman Pilihan raya umum Malaysia 2022.
  • Pakatan Harapan menjadi parti gabungan politik yang mempunyai kerusi terbanyak dengan 83 kerusi dimenangi pada Pilihan raya umum Malaysia 2022. Gabungan tersebut turut disokong oleh GPS dan GRS sebagai kerusi terbanyak di kawasan Borneo.
  • Seluruh rakyat Malaysia menyaksikan angkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ke-10 secara rasmi.
  • YDPA mengistiharkan kemelut politik Malaysia berakhir pada tahun ini (2022) dengan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Motif
  • Kebuntuan kerajaan[1]